
Exchange 106 ialah menara korporat Gred A yang menjadi tunjang kepada Tun Razak Exchange, Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia. Menara ini menempatkan komuniti perniagaan, dengan 90 peratus penyewanya terdiri daripada syarikat antarabangsa merentasi sektor kewangan, teknologi dan perkhidmatan profesional.
Dengan akses terus ke MRT dan kemudahan lain yang mudah dicapai serta pengurusan bangunan yang dikendalikan sepenuhnya secara maksimum, Exchange 106 menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang menyokong syarikat yang ingin membina dan mengembangkan sayap mereka di Kuala Lumpur, salah satu hab perniagaan terpenting di Asia Tenggara sekali gus memperkukuh kedudukan mereka di rantau ini.
.avif)
.avif)
.avif)
.avif)

.avif)
Exchange 106 menawarkan ruang kerja yang luas dengan pemandangan tanpa halangan, direka untuk syarikat yang mementingkan fleksibiliti, kecekapan dan lokasi berprestij iaitu TRX. Dengan ruang bermula dari 4,000 kaki persegi dan persekitaran yang sesuai untuk pasukan yang sedang berkembang, penyewa menikmati suasana kerja yang lancar, didukung oleh perkhidmatan khusus dan sokongan peringkat eksekutif.

Urban Pinnacle Ventures menyediakan ruang pejabat eksklusif berkeluasan antara 1000 hingga 3000 kaki persegi, direka khusus untuk kapasiti pasukan seramai 20 orang ke atas.
Dengan pilihan reka bentuk dalaman yang boleh disesuaikan mengikut keperluan, ruang makan, keselamatan dan akses 24 jam serta kemudahan bilik mesyuarat dan pusat perniagaan, Urban Pinnacle Ventures sememangnya lengkap dengan keperluan ini agar operasi perniagaan berjalan dengan optimum dan lancar.

INFINITY8 menyediakan ruang kerja bersama untuk pasukan lima orang dan ke atas, tanpa had maksimum, dengan sokongan concierge serta akses ke business lounge untuk mesyuarat dan keperluan lain.
Dengan proses penempatan yang cepat dan mudah, INIFINITY8 menyediakan penyelesaian yang cekap bagi syarikat yang ingin memulakan operasi dan membina empayar di Kuala Lumpur.

Exchange 106 dilengkapi dengan sistem bangunan berteknologi tinggi, lif berkelajuan tinggi, bekalan elektrik tanpa gangguan dan rangkaian perhubungan mengikut piawaian antarabangsa.

Di Exchange 106, kelestarian alam adalah komitmen jangka panjang terhadap kesejahteraan manusia, operasi dan persekitaran kawasan bandar. Daripada sistem bangunan yang mengutamakan kecekapan tenaga kepada pengurusan operasi harian yang cekap, Exchange 106 direka untuk menyokong persekitaran kerja yang bertanggungjawab dalam menggerakkan aspek kelestarian alam.
Komitmen Kami terhadap Kelestarian Alam >>
Sebagai menara yang diperakui GBI Gold dan menepati piawaian LEED Platinum, Exchange 106 mematuhi penanda aras antarabangsa dalam prestasi alam sekitar dan kecekapan operasi. Piawaian ini menyokong persekitaran tempat kerja yang mengutamakan keseimbangan antara fungsi, keselesaan dan kelestarian alam jangka panjang.

"When you spend so much of your week at work, it means a lot to be greeted with a smile and have people remember your name. It brings a sense of warmth and belonging, like a second home. That simple connection makes the workplace feel more personal and it reminds you that you're part of something that truly cares."
Azwan Nazri Bin Baharuddin
Country Managing Director
Panduan menyeluruh tentang Exchange 106, merangkumi keperluan perniagaan serta kemudahan harian yang ada di dalam menara dan sekitar TRX.
Exchange 106 berketinggian kira-kira 453 meter dengan 106 tingkat, sekali gus melatari landskap bandar raya Kuala Lumpur yang pesat membangun di daerah kewangan TRX.
Terletak di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, Exchange 106 bersebelahan dengan destinasi gaya hidup The Exchange TRX serta mempunyai akses terus ke rangkaian pengangkutan bandar yang luas.
Exchange 106 menawarkan ketersambungan terus melalui Stesen MRT Tun Razak Exchange, satu-satunya stesen pertukaran intermodal di Kuala Lumpur yang menghubungkan Laluan MRT Kajang dan Laluan MRT Putrajaya.
The Exchange TRX bersepadu sepenuhnya dengan Exchange 106 melalui pelbagai titik akses terus. Pengunjung boleh melalui jambatan pejalan kaki di Aras 1 bersebelahan Sephora, laluan penghubung Aras 2 berhampiran Sun & Sand Sports (SSS), atau lobi utama bersebelahan pintu masuk Kenny Hills di TRX Park. Selain itu, ketersambungan terus dari Stesen MRT TRX turut dilengkapi dengan kemudahan lif dan eskalator yang lancar.
Exchange 106 menawarkan kemudahan parkir yang luas dan eksklusif merentasi beberapa aras dengan kapasiti melebihi 2,000 petak letak kereta. Bagi memberikan keselesaan maksimum, ruang parkir premium dan zon VIP disediakan di aras P1 dan P2, manakala aras P3 hingga P8 dikhasan untuk kemudahan penyewa serta pengunjung am. Selain itu, integrasi lancar disediakan di aras P7, memberikan akses terus ke ruang parkir pusat beli-belah The Exchange TRX.
Pelbagai pilihan makanan, minuman, peruncitan, serta kemudahan harian disediakan di Aras Bawah (Ground Floor) dan Aras Bawah Atas (Upper Ground Floor). Pengunjung juga mempunyai akses terus ke pusat beli-belah The Exchange TRX dan destinasi gaya hidup di sekitarnya.
Exchange 106 menawarkan ruang kerja bersepadu lengkap dengan kemudahan parkir, perkhidmatan concierge, lot peruncitan, premis makanan, serta akses terus ke pusat beli-belah The Exchange TRX. Kemudahan ini direka khusus untuk memenuhi keperluan harian warga kerja sekali gus meningkatkan pengalaman pengunjung di menara ini.
Aktiviti fotografi kasual di kawasan awam adalah dibenarkan, dan pengunjung digalakkan untuk menandakan (tag) akaun Instagram serta Facebook Exchange 106 apabila berkongsi pengalaman mereka. Bagi permohonan fotografi atau videografi profesional, sila hubungi info@exchange106.my sebelum tarikh lawatan anda.
Ya. Ruang terpilih di Exchange 106 boleh disewa untuk penganjuran acara, aktivasi jenama, dan jerayawara (roadshow). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi info@exchange106.my dan pasukan kami sedia membantu anda.
Exchange 106 menawarkan penyelesaian ruang pejabat untuk pelbagai keperluan perniagaan, daripada ruang fleksibel sedia diduduki bagi syarikat yang sedang berkembang hinggalah keseluruhan aras untuk ibu pejabat organisasi multinasional.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai penyewaan dan ketersediaan ruang pejabat, sila hubungi pasukan penyewaan kami di leasing@exchange106.my. Pihak kami bersedia untuk membantu anda dengan maklumat lanjut serta sesi lawatan tapak.
Exchange 106 menempatkan pelbagai syarikat daripada sektor perkhidmatan kewangan, teknologi, perkhidmatan global, serta ibu pejabat korporat multinasional. Kira-kira 90% daripada penyewa di menara ini merupakan syarikat antarabangsa.