Menerusi piawaian bangunan hijau antarabangsa, Exchange 106 menerima pengiktirafan atas usahanya mengekalkan prestasi bangunan yang mampan.

Diperakui Pensijilan GBI Gold

Diiktiraf atas prestasi bangunan yang mampan dan kecekapan alam sekitar, selaras dengan piawaian bangunan hijau yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Landscaped podium architecture at Exchange 106

Manfaat kepada Penyewa

Kelestarian alam di Exchange 106 diterapkan dalam aspek operasi bangunan, daripada kualiti udara sehinggalah kepada tahap pencahayaan semula jadi yang menerangi setiap ruang kerja pejabat.

Hasilnya adalah persekitaran tempat kerja yang lebih tenang dan kondusif serta direka untuk menyokong keperluan kerja harian dengan lebih baik.

Kualiti Persekitaran Dalaman yang Dioptimumkan

Direka untuk Keselesaan

Akses Lancar melalui pelbagai Mod Pengangkutan

Piawaian Ruang Kerja Berpaksikan Kesejahteraan Pengguna

KELESTARIAN ALAM

Komited terhadap Kemampanan Prestasi Jangka Panjang

Exchange 106 podium from the TRX public realm
Landscaped entrance walkway at Exchange 106

Exchange 106 berusaha memastikan kelestarian jangka panjang dengan menambah baik kecekapan operasi, prestasi ruang kerja dan pengurusan bangunan yang bertanggungjawab secara berterusan. Usaha ini membolehkan menara ini terus menepati piawaian yang sentiasa berkembang bagi sebuah lokasi korporat bertaraf dunia di Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia.

Kelestarian alam diterapkan dalam setiap aspek Exchange 106, daripada sistem bangunan yang cekap tenaga hinggalah pengurusan menara seharian, dan terus berkembang seiring peredaran masa.

Ini mencerminkan iltizam yang lebih luas untuk mengekalkan persekitaran kerja yang cekap dan mudah disesuaikan, serta dibina bagi menyokong perniagaan dan pengguna di dalamnya untuk jangka panjang.

Bawa Organisasi Anda ke Puncak Tertinggi

Tempatkan perniagaan anda di lokasi yang menjadi pilihan syarikat antarabangsa untuk bersinar di Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia

Terokai Kemudahan