Jiwa Tempatan, Memacu Global

Exchange 106 berdiri teguh di nadi pusat Kuala Lumpur yang menjadi landskap bandar raya ini. Dibina menepati piawaian global, bangunan ini menjadi pilihan 90 peratus penyewanya daripada syarikat antarabangsa.
Aerial view of the Tun Razak Exchange district

Kualiti dan Prestij

Exchange 106 ialah salah sebuah menara komersial berprestij di Kuala Lumpur, dengan alamat premium di pusat kewangan antarabangsa Malaysia, iaitu Tun Razak Exchange (TRX). Menara ini memiliki pensijilan Green Building Index (GBI) dan dibina mengikut piawaian perniagaan antarabangsa.
Visitors overlooking the Kuala Lumpur skyline from Exchange 106

Ekosistem Dinamik

Exchange 106 menawarkan ekosistem perniagaan bersepadu yang menyokong operasi syarikat pada setiap peringkat pertumbuhan, daripada ruang kerja fleksibel yang sedia diduduki bagi syarikat yang baru bertapak, hinggalah ruang ibu pejabat berprestij bagi syarikat multinasional.
People walking through The Exchange TRX shopping mall

Perkhidmatan Terbaik

Penyewa mendapat sokongan khidmat pelanggan, kawalan keselamatan 24 jam oleh polis bantuan, Pasukan Tindakan Pelanggan (Customer Action Centre) dan khidmat pembersihan, bagi memastikan taraf perkhidmatan sentiasa terjaga dan konsisten.
Exchange 106 concierge handing an access card to a visitor

Inovasi dan Pengalaman Pelanggan

Exchange 106 menguruskan operasi dalaman melalui pendekatan strategik yang merangkumi kejuruteraan, pembersihan, perkhidmatan concierge, pengurusan tempat letak kereta dan keselamatan dengan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kepuasan penyewa dan pengunjung.
Exchange 106 concierge assisting visitors in the lobby

Wajah-wajah Exchange 106

Pasukan Pengurusan Exchange 106

Muhaimin

Perhubungan Penyewa

Muhaimin, Tenant Relations at Exchange 106

Jessie Tong

Pemasaran & Penyewaan

Jessie Tong, Marketing and Leasing at Exchange 106

Christine Chong

Sewaan

Christine Chong, Leasing at Exchange 106

Melissa

Modal Insan

Melissa, People and Culture at Exchange 106

Anugerah dan Pengiktirafan

Dibina untuk Taraf Tertinggi

Komitmen kami terhadap kecemerlangan operasi, pengurusan bangunan yang bertanggungjawab dan layanan berkualiti tinggi kepada penyewa telah diiktiraf melalui beberapa anugerah dan pensijilan industri.

Life at Work Awards 2025 WinnerLife at Work Awards 2025 FinalistLife at Work Awards 2023 WinnerCTBUH 2021 Award of Excellence Winner – Best Tall Building 400m+CTBUH 2021 Award of Excellence Winner – MEP Engineering AwardPropertyGuru Asia Property Awards 2025International Property Awards 2021–2022 – Best International Commercial High-Rise ArchitectureInternational Property Awards 2021–2022 – Best Commercial High-Rise Architecture Asia PacificInternational Property Awards 2021–2022 – Best Commercial High-Rise Development Asia PacificAsia Pacific Property Awards 2021–2022 – Best Commercial High-Rise Architecture MalaysiaAsia Pacific Property Awards 2021–2022 – Best Commercial High-Rise Development Malaysia

Komuniti

Persekitaran Perniagaan Antarabangsa melambangkan Perkembangan, Prestij dan Keterhubungan.

Terokai Kisah Kami

Dari Nadi Kota ke Persada Antarabangsa

Samsonite logoMoneyLion logoTrip.com logoInvestors Trust logoThe Access Group logoE.SUN Bank logoWatsons logoBWL Group logoLongchamp logoDigital Nasional Berhad logoINFINITY8 logoSkechers logoWebsea logoElectronic Arts logoChina Mobile International logo
CHL Management logoAnt Group logoAlioth logoOKG logoGMG logoPixl logoPrincipal logoMasterPay Global logoCrewstone International LogoGXY 會計事務所 logoWing Heng logoBIB Holdings logoHuawei logoXevera logoCodemasters logoV Capital logoC&D Inc. LogoHuomei Asia Sources Sdn Bhd LogoMDEC logoMIYA logoCoinyex logoRT Groups logoEqualbase logoUnionPay logo

Soalan Lazim

Dapatkan panduan Exchange 106 daripada keperluan perniagaan sehingga kemudahan asas yang ada di dalam menara ini dan kawasan TRX.

Di manakah letaknya Exchange 106?

Exchange 106 terletak dengan strategik di dalam hab kewangan antarabangsa Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur. Menara ikonik ini berkedudukan bersebelahan dengan pusat beli-belah dan destinasi gaya hidup The Exchange TRX.

Exchange 106 menawarkan ketersambungan terus melalui Stesen MRT Tun Razak Exchange, satu-satunya stesen pertukaran intermodal di Kuala Lumpur yang menghubungkan Laluan MRT Kajang dan Laluan MRT Putrajaya.

The Exchange TRX bersepadu sepenuhnya dengan Exchange 106 melalui pelbagai titik akses terus. Pengunjung boleh melalui jambatan pejalan kaki di Aras 1 bersebelahan Sephora, laluan penghubung Aras 2 berhampiran Sun & Sand Sports (SSS), atau lobi utama bersebelahan pintu masuk Kenny Hills di TRX Park. Selain itu, ketersambungan terus dari Stesen MRT TRX turut dilengkapi dengan kemudahan lif dan eskalator yang lancar.

Exchange 106 menawarkan kemudahan parkir yang luas dan eksklusif merentasi beberapa aras dengan kapasiti melebihi 2,000 petak letak kereta. Bagi memberikan keselesaan maksimum, ruang parkir premium dan zon VIP disediakan di aras P1 dan P2, manakala aras P3 hingga P8 dikhasan untuk kemudahan penyewa serta pengunjung am. Selain itu, integrasi lancar disediakan di aras P7, memberikan akses terus ke ruang parkir pusat beli-belah The Exchange TRX.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penyewaan dan ketersediaan ruang pejabat, sila hubungi pasukan penyewaan kami di leasing@exchange106.my. Pihak kami bersedia untuk membantu anda dengan maklumat lanjut serta sesi lawatan tapak.

Chandelier light installation at Exchange 106The Crown of Exchange 106 seen from aboveGlobe sculpture outside Exchange 106Exchange 106 rising above the Tun Razak Exchange district
Globe sculpture and greenery outside Exchange 106Feature staircase at Exchange 106Light Forest at Exchange 106Exchange 106 tower at duskCircular chandelier installation at Exchange 106
iFacilityVMS